Want to calculate the savings if you reduce one cup of coffee a week?

Teknik Ini Bantu Ramai Realisasikan Azam

KC Lau- profile image
KC Lau

1 min read

Azam Tahun Baru Selalu Kelau?

Setiap kali tahun baharu menjelang, kita tidak pernah terlupa untuk membuat azam baharu. Ada yang berazam untuk hidup lebih sihat, ada yang berazam untuk mengurangkan berat badan dan ada juga yang berazam untuk meneruskan azam tahun lalu.

Tidak kisahlah sama ada kita berjaya merealisasikan azam tahun sebelumnya ataupun tidak, azam memberi kita satu hala tuju baharu dalam kehidupan apabila memulakan tahun baharu.

Satu daripada azam yang kami harap anda ingin jadikan satu kenyataan ialah membina tabung kecemasan bagi yang belum mempunyainya dan bagi yang sudah memilikinya, teruskan usaha untuk menambah tabung kecemasan kepada satu angka yang mampu memberi keselesaan kepada kehidupan.

Bagaimana untuk Menjadikan Azam Anda Satu Kenyataan?

Dalam pengurusan kewangan, anda digalakkan untuk menggunakan teknik S.M.A.R.T yang sering dinyatakan dalam pengurusan kewangan iaitu Specific, Measurable, Attainable, Realistic dan Time Based.

Azam atau matlamat anda mestilah specific atau khusus supaya anda tidak keliru dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, azam anda ialah mempunyai sekurang-kurangnya RM10,000 dalam tabung kecemasan menjelang akhir tahun ini.

Tetapkan matlamat ini sebagai satu matlamat khusus yang mesti anda capai dalam tahun 2023 ini. Untuk mencapai matlamat ini, bagaimana untuk anda tahu bahawa ia telah dicapai? Jadi matlamat anda mestilah measurable atau boleh diukut? Bagaimana mengukurnya?

Pilih bagaimana anda ingin mencapai matlamat berkenaan, contohnya melabur setiap bulan dalam ASB menerusi kemudahan Auto Labur @myASNB.